adakalanya
saya tak bisa ungkapi segala rahsia hati ini
saya tak mampu luahkan segala rasa hati ini
kerana saya sentiasa mahu sayang tenang dengan diri ini
hari ni
saya teramat rindu
rindu dengan sayang
rindu untuk berbicara dengan sayang
rindu bergurau senda dengan sayang
tapi saya tak pandai meminta
saya tak pandai bersuara
saya tak pandai menggesa
kerana rindu ini sentiasa hadir didalam diri ini
hari ini terbit embun di kelopak mata ini
kerana terlalu rindu
namun bibir ini terkunci rapat untuk katakan padamu
betapa saya merinduimu
hari ini
saya benar-benar rindu pada sayang
terasa ingin melangkah kepada sayang
namun semuanya hanya permintaan hati
izinkanlah saya merindui diri sayang
izinkanlah saya selalu merindui dan melakari rindu untuk sayang
sambutlah rindu saya disini.
hati ini terlalu rindu pada sayang.