Aku pun begitu, wahai temanku. Aku takkan terlepas dari salah dan silap. Aku cuba membaiki persahabatan kita yang kian runtuh dek kedinginan perasaan antara kita,. Aku mengaku, akulah puncanya namun, sekurang-kurangnya aku mencuba untuk mengikat kembali silaturahim antara kita yang terputus sekian lama. Aku dapat rasakan, kau cuba menjauhiku atau mungkin kau sudah membenciku. Aku paham. I deserved it. Akan tetapi, rasa bersalah yang bersarang di dalam jiwaku ini, ingin sekali aku huraikan. Jika tiada tanda bahawa persahabatan kita terjalin seperti dahulu, sekurang-kurangnya, kau maafkan aku. Itu sahaja yang aku pinta.

No comments:
Post a Comment